Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dijangka terlepas kejohanan akan datang susulan 16 jahitan dialami Ee Wei.
Ee Wei terpaksa menjalani rawatan 16 jahitan akibat mengalami kecederaan di lengan kirinya semasa sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Penyertaan Ee Wei dan pasangannya Chen Tang Jie dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 750 Terbuka Denmark dari 15-20 Oktober akan bergantung pada pemulihannya yang mungkin mengambil masa dua minggu.
sumber:- stadium astro
Ini bermakna, pasangan beregu campuran negara itu dijangka terlepas aksi Terbuka Artic di Finland dari 8-13 Oktober.