sukan

Syarikat milik Lee Chong Wei jual aset , peroleh RM80j

Skyload Express Sdn Bhd yang dimiliki legenda badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei, menerima RM80 juta atas penjualan tanah di Kota Damansara.

Skyload Express melepaskan tanah pajakan seluas 2.26 hektar kepada Magma Group Bhd bagi pembinaan dua menara 34 tingkat yang terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan serta ruang komersial.

sumber:- stadium astro

Justeru, pemain kelahiran Kedah itu bakal memperoleh kepentingan sebanyak 2.48 peratus dalam Magma selain kepentingan tidak langsung 11.89 peratus.