sukan

Saya sayang awak – Izzuddin

“Saya sayang awak (i love you).” Ringkas dan padat.

Itu reaksi pemain beregu profesional lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani yang mengungkapkan kata-kata cinta buat isteri tercinta, Mawar Mutiara selepas menerima cahaya mata pertama mereka.

Sudah pasti kehadiran ahli baru dalam keluarga akan memberi tonik tambahan buat Izzuddin untuk mencipta lebih banyak kejuaraan dalam setiap kejohanan yang disertai selepas ini.

Kata-kata manis yang diberikan oleh pemain berusia 27 tahun itu dibalas semula oleh isteri tercinta sebagai tanda saling melengkapi antara satu sama lain.

“Kami lebih sayang awak (We love you more),” kata Mawar yang seakan-akan mewakili suara anak mereka untuk suaminya melalui Instagram miliknya.

Untuk rekod, kedua-dua pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 23 September 2023 dan kini ia sudah genap setahun alam perkahwinan mereka.

Sebagai makluman, dalam masa hampir dua bulan, Izzuddin dan Goh Sze Fei berjaya merangkul dua kejuaraan iaitu di Terbuka Jepun (Super 750) pada 25 Ogos lalu, dan terbaharu adalah muncul juara Terbuka China (Super 1000) dan itu adalah kemenangan yang sangat bermakna buat beregu lelaki negara.

Ia bukan setakat memahat sejarah memenangi kejohanan berstatus tertinggi itu tetapi lebih manis rezeki itu hadir tepat pada masanya iaitu gelaran juara dan kehadiran anak datang pada bulan yang sama.

Untuk rekod, Izzudin yang berpasangan dengan Sze Fei meraih ganjaran RM892,000 dalam tempoh kurang sebulan menerusi empat kejohanan disertai gandingan itu setakat ini.

Paling banyak pastinya kemenangan di Terbuka China menyaksikan pasangan ranking ke-12 dunia itu meraih AS$148,000 (RM622,000).

Ia diikuti AS$62,900 (RM264,000) selepas menjuarai Terbuka Jepun.

sumber:- HM

Menamatkan kempen Terbuka Korea Selatan yang berstatus Super 500 dengan nota kecewa selepas tersingkir seawal pusingan pertama pada awal bulan ini, aksi berikutnya di Terbuka Hong Kong (Super 500) memberikan gandingan itu AS$1,575 (RM6,622) selepas hanya mara ke peringkat 16 terbaik.