sukan

TERKINI: Keputusan aksi TFC berdepan Dong A Thanh Hoa

Terengganu melepaskan kelebihan dua jaringan ketika sekadar seri 2-2 dalam aksi Piala Shopee ACC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi.

Terengganu yang memasang misi melakar kemenangan pertama berjaya membuka langkah kanan apabila mendahului dua gol dalam separuh masa pertama.

Gol pertama perlawanan cukup menarik berjaya terhasil daripada Akhyar, yang menerima bola menerusi tandukan Safawi Rasid sebelum pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) melepaskan rembatan dari luar kotak penalti memecah kebuntuan.

Menguasai rentak permainan, Terengganu menggandakan kelebihan pada minit ke-40, kali ini giliran Manuel Ott yang menampan masuk hantaran rakan sepasukan, Azam Azmi Murad.

Dalam masa kecederaan, pelawat berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi Luiz Antonio, sepakan percuma yang diambil mengelirukan benteng akhir sebelum menembusi gawang Terengganu.

Bersambung dalam babak kedua perlawanan, corak permainan kelihatan menyaksikan pelawat lebih mendominasi daripada sudut melancarkan serangan, dan ia membuahkan hasil buat mereka mendapatkan gol penyamaan.

sumber:- stadium astro

Kegagalan memintas hantaran jauh serta gol sendiri Ubaidullah Shamsul pada minit ke-51 kembali menyaksikan perlawanan kembali seimbang.Kedudukan kekal sehingga penamat perlawanan dan harapan buat Terengganu untuk memperoleh kemenangan pertama tidak berhasil.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

6 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

7 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

8 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

9 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

9 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

10 hours ago