sukan

Sah Import kesembilan pasukan

Mohammad Abualnadi diumumkan sebagai pemain import kesembilan Selangor bagi memperkuat barisan pertahanan menghadapi baki saingan Liga Super Malaysia dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Sebelum ini, pemain berusia 23 tahun itu menjadi tonggak penting skuad bawah 23 tahun Jordan dalam Piala Asia B23, April lalu, sebelum diserap masuk ke pasukan utama kendalian Jamal Sellami menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026, baru-baru ini.

sumber:- stadium astro

Abualnadi melengkapkan perpindahan ke Gergasi Merah Kuning sebagai pemain import kesembilan selepas Umar Eshmurodov, Safuwan Baharudin, Alvin Fortes, Ronnie Fernandez, Yohandry Orozco, Alex Agyarkwa dan Ali Olwan.