Justin Hoh mengetuai perseorangan lelaki negara untuk kemaraan suku akhir Terbuka Macau selepas menundukkan Wang Po-Wei 21-6, 21-9, sebentar tadi.
Dia mengambil masa 18 minit untuk melepasi pusingan 32 bagi mengadakan pertemuan dengan pemain Indonesia, Alwi Farhan, di gelanggang Macao East Asian Games Dome.
Bagaimanapun, langkah itu tidak dapat dijejaki Cheam June Wei, Kok Jing Hong dan Soong Joo Ven yang tumbang kepada lawan masing-masing.
Beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, pula mengatasi Ming Che Lu-Hung En Tzu 21-15, 21-13 bagi menghidupkan peluang melunaskan dendam kekalahan rakan senegara, Ho Lo Ee-Loo Bing Kun, kepada Sumeeth B Reddy-Sikki Reddy.
Dalam masa sama, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien turut melepasi pusingan awal dengan mengenepikan Wu Hsuan Yi-Yang Chu Yun 21-18, 22-20.
sumber:- stadium astro
Peluang untuk Malaysia dalam perseorangan wanita sudah tertutup rapat berikutan tersingkirnya K Letshanaa dan Wong Ling Ching.