sukan

Komen Steinbruckner menjelang aksi pertama ACC

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, mendahagakan kemenangan pertama dalam Kejohanan ASEAN Club Championship (ACC) Shopee Cup 2024 selepas kecundang dalam aksi pertama berdepan PKR Svay Rieng, Ogos lalu.

Begitupun, dia turut menjelaskan dalam sidang media di Kuala Terengganu hari ini bahawa skuad Penyu terpaksa melupakan khidmat Nelson Bonilla berdepan wakil Vietnam, Dong A Thanh Hoa, susulan mengalami kecederaan.

“Kami tewas dalam aksi pembukaan jadi dalam aksi esok semestinya kami mahukan kemenangan. Persediaan kami sama seperti semua pasukan, kami mempunyai pemain seperti Shahrul Nizam, Nelson Bonilla yang tidak dapat beraksi esok.

“Mereka pasukan yang baik saya telah melihat mereka bermain sebelum ini. Mereka mempunyai kualiti tersendiri tetapi saya berharap pemain saya dapat beraksi dengan baik esok.

“Kami tidak boleh memandang rendah pasukan lawan kerana ini adalah bola sepak. Kadangkala kita mempunyai banyak peluang tetapi tidak dapat menoktahkan dengan jaringan. Kami mahu sokongan daripada peminat, ” katanya dalam sidang media praperlawanan sebentar tadi.

Dalam pada itu, dengan ketiadaan beberapa tonggak utama di bahagian serangan, Safawi Rasid, berasakan pemain yang dipilih oleh jurulatih beraksi esok perlu menterjemahkan prestasi terbaik mereka dengan meraih tiga mata.

sumber:- stadium astro

“Saya rasa sesiapa sesiapa yang diturunkan perlu memberikan aksi yang terbaik. Kami tidak kisah siapa yang menjaringkan gol tetapi perkara paling penting adalah tiga mata.” katanya.