sukan

10 Orang Arsenal nyaris kecewakan Manchester City

Gol penyamaan John Stones pada minit ke-98 membantu Manchester City seri 2-2 dengan Arsenal yang beraksi 10 pemain dalam perlawanan tegang antara dua pasukan pilihan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Arsenal beraksi keseluruhan babak kedua dengan 10 pemain selepas Leandro Trossard dibuang padang tetapi hanya beberapa saat untuk mencetus kekalahan pertama City di laman sendiri sejak November 2022.

“Kami mempunyai keyakinan kami boleh memenangi sebarang perlawanan dan tidak pernah berhenti berjuang,” kata Stones.

Keputusan seri sudah mencukupi buat City untuk merampas semula tangga teratas, dua mata di depan Arsenal yang menghuni tangga keempat.

Gol ke-100 Erling Haaland bersama City memberikan anak buah Pep Guardiola permulaan sempurna selepas sembilan minit.Arsenal mengubah arus perlawanan terima kasih kepada jaringan menakjubkan Riccardo Calafiori (minit ke-22) dan satu lagi tandukan Gabriel Magalhaes pada masa kecederaan babak pertama.

The Gunners kehilangan Trossard kerana kad kuning kedua sejurus sebelum rehat.

Bagaimanapun, anak buah Mikel Arteta menghasilkan permainan mantap secara bertahan hingga ke saat terakhir apabila Stones menyepak masuk dalam keadaan kelam-kabut di depan pintu gol selepas Arsenal gagal menangani satu sepakan sudut.

“Ia satu keajaiban kami bermain 56 minit di Etihad dengan 10 pemain (dan tidak kalah). Sukar dipercayai apa yang kami lakukan,” kata Arteta.

sumber:- BH

“Mereka membuat satu langkahan besar hari ini sebagai satu pasukan dan individu.” – AFP