sukan

Tindakan Izzuddin-Sze Fei terhadap Xiang Yu dianggap professional

Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi apabila enggan meraikan kejayaan mereka menjuarai badminton Terbuka China, hari ini.

Pasangan ranking ke-12 dunia itu merangkul gelaran sulung mereka dalam saingan Jelajah Dunia BWF Super 1000 apabila menundukkan wakil tuan rumah yang juga pilihan kelima, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 13-21, 21-12, 21-17 pada aksi final di Pusat Sukan Olimpik Changzhou.

Bagaimanapun, kejayaan bersejarah gandingan negara itu dibayangi dengan kecederaan belakang dialami Xiang Yu sebaik tamat set pertama sehingga dia terpaksa menerima rawatan di tepi gelanggang.

sumber:- BH

Sze Fei berkata, ia bukanlah cara diinginkan untuk meraih gelaran terbesar dalam kerjaya mereka setakat ini.