Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan wakil tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, dalam final Kejohanan Badminton Terbuka China di Changzhou sebentar tadi.
Sze Fei dan Izzuddin bermula perlahan dalam set pertama, di mana mereka ketinggalan 0-6 sebelum tewas mudah 13-21.
Bagaimanapun, kecederaan belakang yang dialami He Ji Ting pada penghujung set pertama merencatkan rentak permainan beregu China itu untuk Sze Fei dan Nur Izzuddin merampas set kedua dengan kemenangan 21-12.
Keadaan itu terus dimanfaatkan pasangan negara berkenaan untuk menjuarai kejohanan bertaraf Super 1000 itu dengan kemenangan 21-17 dalam set ketiga selepas bertarung selama 58 minit.
sumber:- stadium astro
Sebagai rekod, hanya acara beregu lelaki gagal dimenangi China dalam edisi kali ini.Selaku juara, Sze Fei dan Nur Izzuddin membawa pulang wang hadiah kemenangan berjumlah US$148,000 (RM622,000).