Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahmi Safari mencetuskan tanda tanya mengenai penampilannya musim ini susulan ciapan di laman Instagram miliknya, semalam.
Bekas pemain Selangor berusia 26 tahun itu memuat naik gambarnya di ruangan InstaStory dengan warna hitam putih berserta kapsyen: “Terima kasih untuk musim 2024/2025”.
Susulan daripada itu, ramai menganggap Syahmi seakan memberi bayangan bahawa dia bakal berehat panjang dan tidak lagi akan beraksi dalam saingan musim ini susulan kecederaan.
Malah, menerusi ruangan sama, Syahmi turut memuat naik video dia mengalami kecederaan ketika menentang Penang FC dalam aksi Liga Super, Khamis lalu.
Pada perlawanan itu, dia masuk menggantikan Jorge Obregon pada minit ke-76 dengan JDT membelasah Penang 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
sumber:- BH
Bagaimanapun, malang menimpa Syahmi apabila mengalami kecederaan serius selepas dikasari pemain Penang, Adib Abdul Ra’op pada minit ke-90 yang menyaksikan dia terpaksa diusung keluar.