sukan

TERKINI: JDT terus ‘mendonia’, ketepikan kelab gergasi Asia

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan penguasaan di peringkat Asia dalam sukan bola sepak apabila muncul kelab ketujuh terbaik di peringkat Asia dan pertama di Asia Tenggara ketika ini.

Data itu dikongsikan menerusi laman rasmi Facebook JDT hari ini sekali gus mengenepikan beberapa kelab gergasi Asia dari Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi.

Selain mendominasi Liga Super Malaysia, kelab Harimau Selatan itu baru-baru ini beraksi baik di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila mengikat kelab dari China Shanghai Port 2-2 hasil dua jaringan daripada Arif Aiman Hanapi.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di ranking ke-260 dunia, ke-7 di Asia dan pertama di Asia Tenggara berdasarkan data yang dikeluarkan laman Opta Power Ranking pada 20 September 2024.

sumber:- stadium astro

“Laman analisis bola sepak ini menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia. Tidak ada pasukan lain dari Malaysia berada dalam senarai Top 1,000 seluruh dunia.”