sukan

Sze Fei-Nur Izzuddin mudah ke suku akhir Terbuka China

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mudah mengatasi rakan senegara untuk mara ke suku akhir Terbuka China 2024.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Changzhou itu, gandingan No. 12 dunia itu menewaskan bekas rakan sepelatih mereka, Arif Junaidi-Yap Roy King, 21-14, 25-23 dalam tempoh 41 minit.

Sze Fei-Nur Izzuddin seterusnya, sekali lagi akan bertemu dengan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun pada aksi suku akhir esok.

Sementara itu, pasangan campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai berjaya mengatasi cabaran dari negara jiran, Thailand.

Pasangan suami isteri itu, menewaskan Supak Jomkoh-Supisarra Paewsampran menerusi kemenangan straight set 21-16, 21-12 dalam tempoh 28 minit.

Gandingan No. 12 dunia itu seterusnya akan bertemu dengan pasangan tuan rumah yang juga pilihan ketiga kejohanan, Jiang Zhen Bang, Wei Ya Xin pada penentuan separuh akhir esok.

Dalam pada itu, beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melebarkan kemaraan ke suku akhir, sebentar tadi.

Gandingan No. 23 dunia itu melakar kemenangan straight set ke atas kembarTaiwan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 21-19, 21-14 dalam tempoh 35 minit.

Yew Sin-Ee Yi akan bertemu pasangan Denmark, Andreas Sondergaard-Jesper Toft atau gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada penentuan separuh akhir.