sukan

Indonesia terus mengorak langkah

Indonesia terus memperbaiki kedudukan ranking selepas mempamerkan kejutan mengikat dua gergasi bola sepak dunia dalam saingan Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.

Keputusan itu sekali gus meletakkan skuad kendalian Shin Tae-yong berada di tempat ke-129 terbaik dunia tatkala berjaya mengutip dua mata dalam dua aksi susulan seri berdepan Arab Saudi dan Australia di laman sendiri, semalam.

sumber:- stadium astro

Tambahan sebanyak +15.44 mata berhasil diperoleh membolehkan Indonesia mengumpul mata keseluruhan sebanyak 1124.17 dan mendaki empat anak tangga berbanding sebelum ini.Sang Garuda kini sudah memintas kedudukan Harimau Malaya yang berada di tempat ke-132 dunia.