Selangor FC (SFC) membuka kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25 dengan satu mata berharga apabila terikat 1-1 dengan Muangthong United pada aksi pertama Kumpulan H di Stadium Rajamangala, sebentar tadi.
Tuan rumah yang menduduki tangga ketiga Liga 1 Thailand ketika ini beberapa kali berjaya melancarkan percubaan tepat mengancam kubu SFC namun penjaga gol, Azim Al Amin beraksi cemerlang bagi memastikan SFC dapat membawa pulang satu mata dari tempat lawan.
Keputusan ini menyaksikan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengikut jejak langkah Johor Darul Ta’zim (JDT) yang turut membuka kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 dengan satu mata menerusi keputusan seri 2-2 menentang Shanghai Port.
Tuan rumah bermula garang dengan dua percubaan dalam tempoh lima minit pertama, kedua-duanya menerusi Kakana Khamyok di mana percubaan pertama pada minit ketiga terbias pertahanan SFC sementara percubaannya dua minit berselang diselamatkan Azim.
SFC membalas dengan percubaan tepat Alvin Fortes pada minit ketujuh yang ditepis Kittipong Phootwachuek dan peluang keemasan SFC pada minit ke-11 gagal disudahkan Ali Olwan ketika berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kittipong.
Pintu gol SFC terselamat pada minit ke-28 selepas Poramet Arjvilai mendapat peluang untuk melakukan percubaan dalam kotak penalti namun Umarbek Eshmurodov bijak menghalang percubaan pemain itu.
Azim terus cemerlang menafikan beberapa percubaan yang dilakukan Muangthong United di penghujung babak pertama untuk kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan keputusan 0-0.
Yohandry Orozco yang dibawa masuk selepas rehat mencetus impak segera selepas hantaran lolosnya menemui Ronnie Fernandez dan penyerang itu melepaskan rembatan deras menewaskan Kittipong hanya dua minit babak kedua bersambung.
Muangthong United mengikat kedudukan pada minit ke-53 selepas Purachet Thodsanit pantas menyambar bola yang sebelum itu diselamatkan Safuwan Baharudin di atas garisan gol SFC.
SFC berpeluang untuk kembali di depan pada minit ke-74 namun penyudah ‘back heel’ yang dilakukan Fernandez hasil hantaran lintang Fortes ditangkap kemas Kittipong.
Kedua-dua pasukan mencipta beberapa peluang namun tiada tambahan gol dapat disaksikan untuk keputusan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
sumber:- BH
Sebagai rekod, hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mendapat slot ke pusingan 16 terbaik.
Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More
Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More