sukan

Keputusan aksi Pearly -Thinaah berdepan wakil China

Perjalanan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, dalam saingan pusingan 16 Terbuka China disekat wakil tuan rumah apabila tewas dalam aksi straight set 16-21,18-21 di Changzhou, sebentar tadi.

Juara Terbuka Hong Kong itu bermula baik dalam awal set pertama tetapi wakil China, Li Yi Jing-Luo Xu Min, memperkemaskan aksi dari aspek serangan untuk menang 16-21.

Pearly Tan-M. Thinaah cuba memperbaiki kelemahan dalam awal set kedua untuk mengheret wakil tuan rumah ke set penentuan.Tetapi wakil China di kedudukan nombor 18 dunia itu kembali mempersembahkan corak pertahanan yang kental untuk menafikan kebangkitan Pearly Tan-M. Thinaah untuk tewas 18-21 dalam tempoh 40 minit secara keseluruhan perlawanan.

sumber:- stadium astro

Dalam pada itu, satu lagi wakil beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, melakar kejutan selepas menewaskan beregu nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, dalam aksi straight set 21-18-21-19, untuk mara ke pusingan suku akhir Super 1000 Terbuka China, sebentar tadi.

Recent Posts

  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

5 minutes ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

53 minutes ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

1 hour ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

2 hours ago
  • sukan

Toh Ee Wei tertarik dengan gandingan No. 1 Thailand

Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More

2 hours ago
  • sukan

Pelik , Macam mana boleh beri

Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Jasmir Mehat mempersoalkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan lesen kebangsaan penuh kepada pasukan… Read More

2 hours ago