Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, melangkah ke pusingan seterusnya Kejohanan Badminton Terbuka China, selepas menamatkan cabaran Hsuan-Hu Ling Fang dari Chinese Taipei sebentar tadi.
Pang Ron-Su Yin turun beraksi Changzhou dalam usaha untuk membawa cabaran negara ke pusingan berikutnya.
Bertemu wakil Chinese Taipei, atas kertas menyaksikan lawan mereka memiliki kelebihan apabila menghuni tangga ke-13 dunia.
Bagaimanapun, pasangan negara itu berjaya merampas set pertama apabila menang 21-17.
Kedua-dua beregu meningkatkan corak permainan dalam set kedua, saling mengumpul mata demi mata sebelum Pang Ron-Su Yin melebarkan kedudukan sebelum menoktahkan kemenangan 21-16.
sumber:- stadium astro
Kemenangan itu menyaksikan mereka berdepan satu lagi pasangan beregu negara, Yap Roy King-Valeree Siow dalam aksi yang berlangsung esok.