sukan

Kedah berpotensi pecah Rekod

Adakah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal memecahkan rekod Kelantan FC musim lalu yang bolos 121 gol?

Itu persoalan yang timbul selepas KDA FC terpaksa membariskan skuad remaja untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim ini ekoran tindakan pemain senior dan import yang memboikot pasukan.

Ironinya, tindakan skuad Kenari membariskan pemain muda yang disifatkan masih ‘mentah’ itu tidak ubah seperti Kelantan FC yang dibelasah teruk terutamanya di pusingan kedua liga musim lalu kerana membariskan pemain muda.

Dibolosi sejumlah 121 gol adalah rekod Liga M dan dijangka kemungkinan skrip sama berulang ketika saingan domestik musim ini masih panjang.

Kekalahan 5-0 di tangan Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Sabtu lalu dilihat permulaan kepada episod malang buat KDA FC yang berdepan isu tunggakan gaji hingga mengakibatkan pemain utama memboikot.

Untuk rekod, pada musim lalu Kelantan FC terpaksa mengharungi baki saingan liga dengan khidmat pemain remaja kelab itu.

Kesannya, skuad The Red Warriors (TRW) dibelasah teruk menerusi beberapa kekalahan mengaibkan antaranya tewas 11-2 kepada Selangor FC, kalah 8-0 di tangan Terengganu FC dan Perak serta tumbang 7-0 kepada Sabah FC.

Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa, perkara itu boleh berlaku memandangkan peningkatan ditunjukkan pasukan lain dalam Liga Super.

“Kita dapat lihat pasukan JDT, Selangor FC, Terengganu FC dan lain-lain semuanya menunjukkan peningkatan dengan kehadiran pemain berpengalaman.

sumber:- HM

“Mungkin KDA FC akan menjadi mangsa belasahan seperti apa yang berlaku ke atas Kelantan musim lalu. Saya tak terkejut dan mungkin ia berlaku,” katanya.