sukan

“Terkejut sampai tersembur air kopi” — Chong Wei

Sempena Hari Malaysia yang disambut seluruh negara hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia agar dapat meraikan dengan semangat perpaduan dan patriotik yang tinggi.

Dia turut berkongsikan momen perbualan lucu yang mencuri perhatian antara dia dan anaknya, Kingston hari ini.
“Saya pernah bertanding di setiap 13 negeri di Malaysia. Semua saya sayang. Semua pon sayang saya. Semoga hari yang bersejarah diraikan ini penuh dengan semangat perpaduan dan kejayaan.

“Marilah kita terus bekerjasama untuk mempertahankan negara kita yang tercinta ini dengan penuh rasa bangga dan patriotik.”Ingat kawan-kawan! Bersatu teguh bercerai roboh ! 13 negeri bersama, tidak satu pun kita patut lebih bagikan… tidak satu pun patut kita pinggirkankan ! Selamat Hari Malaysia !

“Side note: Breakfast pagi tadi. Sambil menghirup kopi bersama Kingston. Yang lain tak sampai lagi ke meja makan.
“Kingston : “Papa , wa pon sudah 11 tahun. Teenager sudah. Wa rasa boleh dah start cari girlfriend”

“Terkejut sampai tersembur air kopi. Tapi sebagai bapa yang mithali (haha… syok sendiri), aku menyusun semula emosi dan fikiranku. Dunia sekarang kan bapa-anak kena fren-fren.

“Aku: “ Kingston, bukan kata xleh tapi u tak rasa terlalu muda ke? Pentingkanlah pelajaran dulu”.

“Kingston: “ Papa, awek yang aku target tu lembut dan jenis tak marah-marah. Suara pon lembut. Kalo aku tunggu seperti jejak kamu, besar kemungkinan dia dah disambar kawan-kawan aku. Yang tertinggal untuk aku hanya jenis marah-marah, cam mak aku tu… bini ko.

“Aku terus terketawa tanpa memikirkan consequences.”Suay tak suay. 2007 China Open Woman Singles Champion ngam-ngam masuk ke kitchen. Terus, terkeluar double smash yang lama tak keluar…. Lunch pon kurang masak untuk 2 orang.

sumber:- stadium astro

Selamat Hari Malaysia semua. Dan tahniah Pearly-Thinaah !” katanya menerusi laman X hari ini.