Bekas penjaga gol Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kalamullah Al-Hafiz sah menyertai Selangor FC (SFC) selepas meninggalkan bekas pasukannya secara rasmi, semalam.
Pengumuman itu disahkan skuad ‘The Red Giants’ menerusi satu kenyataan di laman rasminya, sebentar tadi.
“Selangor FC hari ini secara rasmi mengumumkan penjaga gawang baharu kelab, Kalamullah Al-Hafiz bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024-25.
“Selangor FC mengucapkan selamat datang kepada Kalamullah Al-Hafiz. Semoga beliau dapat menambah kekuatan barisan penjaga gawang Gergasi Merah untuk Liga Malaysia musim 2024/2025 dan saingan ACL 2. Selamat datang, Kalam!,” kata pasukan itu.
Sebagai rekod, tiga tahun beraksi sebagai pemain pembangunan Felda United, Kalamullah berjaya menembusi skuad utama pasukan terbabit dan beraksi dalam satu perlawanan.
Nama penjaga gol itu terus dikenali ramai bersama skuad Petaling Jaya (PJ) City FC sejak 2019 dan mencatat 54 penampilan sepanjang empat tahun sebelum pasukan itu dibubarkan.
Dia kemudiannya menempa nama bersama KDA FC selama setahun dengan 36 penampilan dan berdasarkan statistik, Kalamullah berjaya mencatat 34 rekod perlawanan tanpa bolos.
sumber:- BH
Persembahan cemerlangnya pada musim 2022 membantu beliau untuk beraksi buat kali pertama bersama skuad Harimau Malaya pada 9 Disember dalam aksi perrsahabatan menentang Kemboja.