Hasrat peminat untuk melihat pemain pertama kelahiran Belanda, Sem Scheperman menyarung jersi Harimau Malaya selepas ini mungkin akan tercapai apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mengorak langkah menghubungi pemain berkenaan.
Ketika ini, pemain berusia 22 tahun itu beraksi di posisi tengah dalam kancah Liga Eredivisie, Belanda bersama Heracles Almelo dan sekiranya terjadi, ia bakal menambah kelebihan buat Malaysia dalam membentuk kekuatan ketika menyerang pada kejohanan akan datang.
“Pemain Belanda-Malaysia, Sem Scheperman sudah berada dalam radar Persatuan Bolasepak Malaysia dan mereka telah menghubunginya mengenai peluang untuk mewakili pasukan kebangsaan,” kata FR Future Talents melalui hantaran dimuat naik di Instagram rasmi berkenaan.
Dengan ketinggian 1.88 meter (m) dan pengalaman beraksi di liga utama Belanda, ia sudah pasti akan memberi pilihan lebih banyak kepada ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicnete menyusun serta merangka strategi terbaik bagi mendapatkan keputusan positif.
Jika melihat kejayaan pasukan Sang Garuda yang bijak mencari pemain mempunyai pertalian darah antara Indonesia dan Belanda, tidak salah untuk Malaysia pula mencuba perkara sedemikian.
Hasil itu boleh dilihat apabila skuad kendalian Shin Tae Yong berjaya mara ke pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023 dan mara pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Ini bermakna, kualiti pemain yang beraksi di Liga Eredivisie sangat baik dan gandingan bersama pemain tempatan pasti mampu menghasil sesuatu terutama dalam misi pemburuan ke Piala Asia 2027 buat kali kedua berturut-turut.
Untuk rekod, sebelum ini Arena Metro melaporkan pertahanan kanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl ternyata tidak sembang kencang dalam usaha untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya selepas dia berusaha keras menyediakan dokumen penting demi impian beraksi bersama Malaysia menjadi kenyataan.
Menerusi video temu bual di laman Instagram sameneustijgerbalsem, Deijl memaklumkan bahawa dokumen mengenai ahli keluarganya sedang disediakan untuk dikemukakan kepada FAM.
sumber:- HM
Selain itu, FAM juga sudah menghubungi pemain tengah kelahiran Amerika Syarikat-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal ketika ini beraksi di saingan liga profesional Amerika Syarikat bersama St Louis City 2 untuk beraksi bersama Malaysia.
Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More
Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More
Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More
PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More
Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More
MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More