Neymar dilaporkan memberi amaran kepada rakan-rakannya dari Brazil di Real Madrid mengenai Kylian Mbappe.
Mbappe dan Neymar adalah rakan sepasukan di Paris Saint-Germain (PSG) dari 2017 hingga 2023.
Dalam tempoh itu, mereka bermain dalam 136 perlawanan bersama dan memenangi empat gelaran Ligue 1.
Namun, terdapat laporan mendakwa Neymar menggambarkan bermain dengan Mbappe sebagai ‘neraka’ dan ‘malapetaka’.Kedua-dua mereka membentuk trio serangan bersama Lionel Messi selama dua musim tetapi Neymar dilaporkan tidak mempunyai kenangan manis bermain bersama Mbappe.
Mbappe meninggalkan PSG pada musim panas lalu untuk menyertai Real Madrid dan sudah menjaringkan empat gol dalam enam perlawanan untuk kelab baharunya.
Bagaimanapun, Neymar yang kini menyarung jersi Al-Hilal dilaporkan memberi amaran kepada pemain-pemain Brazil di Real mengenai apa yang perlu dihadapi mereka apabila bermain bersama Mbappe.
Wartawan, Cyril Hanouna memberitahu Neymar menghubungi pemain-pemain Brazil di Real mengenai Mbappe.
Bercakap kepada Europe 1, Hanouna berkata: “Pemain Brazil (di Real Madrid) adalah rakan Neymar.
sumber:- HM
“Sentiasa ada perseteruan antara Neymar dan Mbappe. Neymar menghantar maklumat mengenai Mbappe kepada pemain Brazil, memberitahu mereka bahawa ia adalah malapetaka, bahawa ia adalah neraka,” katanya.