sukan

Komen Kalamullah selepas sah berpisah dengan Kedah

Bekas penjga gol Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kalamullah Al-Hafiz menzahirkan penghargaan buat pasukan khususnya buat penyokong skuad Kenari yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang bersama pasukan itu.

Penghargaan itu disampaikan penjaga gol berusia 29 tahun itu menerusi satu video pendek di laman Instagramnya, hari ini.

“Terima kasih kepada penyokong Kedah yang sentiasa menyokong kami,” kata Kalamullah.

Klip video itu turut memaparkan aksi dia menyelamatkan percubaan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) serta videonya ketika menjalani sesi latihan bersama KDA FC.

Sebagai rekod, penjaga gol kebangsaan itu menyertai KDA FC pada musim lalu daripada PJ City FC.

Terdahulu, KDA FC tampil dengan kejutan apabila mengumumkan penamatan Kalamullah yang juga penjaga gol utama mereka dalam tempoh jendela perpindahan pemain yang telah bermula sejak 26 Ogos lalu.

Berita berkenaan diumumkan melalui laman rasmi Sang Kenari hari ini sekaligus mengesahkan khabar angin yang betiup kencang mengenai perpindahan penjaga gol Harimau Malaya ini yang dikaitkan dengan sebuah pasukan di Lembah Kelang sebelum ini.

sumber:- BH

Menurut media KDA FC, keputusan melepaskan Kalamullah merupakan keputusan yang dibuat disaat yang sukar dengan Sang Kenari kini masih berdepan dengan pelbagai masalah yang melanda pasukan.