sukan

TERKINI : Keputusan aksi Pearly-Thinaah berdepan Indonesia di suku akhir

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, berjaya mengatasi tentangan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong di Kowloon sebentar tadi.

Pearly-Thinaah mara ke perlawanan suku akhir selepas menewaskan wakil tuan rumah, Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan, dalam tempoh memerlukan 30 minit untuk mencatatkan kemenangan 21-16, 21-14.

Atas kertas, gandingan Malaysia itu memiliki rekod pertemuan yang lebih baik, meraih tiga kemenangan dalam empat pertemuan terdahulu.

Dalam set pertama, corak permainan yang seimbang dipamerkan kedua-dua regu di awal permainan, sebelum Pearly-Thinah mengorak langkah mendahului 11-9 sebelum menoktahkan kemenangan 21-14.

Dalam set kedua, skrip sama dipamerkan Pearly-Thinaah, apabila berjaya sekali lagi mendahului 11-9, sebelum mereka menoktahkan kemenangan 21-13 untuk melangkah ke separuh akhir.

sumber:- stadium astro

Mereka bakal berdepan Baek Ha-na-Lee So-hee dari Korea Selatan dan menjadi perlawanan ulangan final Terbuka Korea Selatan tempohari.