Selangor mengutip tiga mata penuh di laman sendiri selepas menewaskan Kuching City dalam aksi minggu ke-10 saingan Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.
Ronnie Fernandez tidak menunggu lama untuk membuka jaringan awal buat pasukan tuan rumah pada minit ke-11 bagi mendahului Kuching City 1-0 dalam 45 minit pertama.
Penyerang kelahiran Jordan, Oli Olwan, memastikan debut pertamanya dengan kenangan manis apabila membuka akaun jaringan sekali gus menambah duka buat pasukan pelawat untuk mendahului 2-0 hasil jaringannya pada minit ke-67.
Selang tujuh minit kemudian, giliran Umar Eshmurodov pula untuk meletakkan nama sebagai penjaring pada minit ke-74 untuk memastikan Selangor selesa mendahului Kuching City 3-0.
Alvin Fortes melengkapkan jaringan keempat Selangor pada minit ke-80 untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik The Red Giants.
sumber:- stadium astro
Selangor kekal mendahului tangga kedua liga dengan 22 mata selepas mencatatkan tujuh kemenangan satu keputusan seri dan dua kali tewas. Anak buah Aidil Sharin Sahak pula di kedudukan keempat dengan 14 mata.
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More
Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Jasmir Mehat mempersoalkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan lesen kebangsaan penuh kepada pasukan… Read More