Sri Pahang FC kemungkinan besar tidak dapat menyenaraikan Kpah Sherman yang berdepan masalah kecederaan apabila berdepan PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Temerloh Ahad ini.
Pengendalinya, Fandi Ahmad berkata, penyerang import dari Liberia itu tidak dapat bersama rakan sepasukan akibat hamstring.
“Sherman mengalami kecederaan ketika latihan tetapi saya harap dia akan pulih apabila berdepan PDRM hujung minggu ini.
“Khidmatnya amat diperlukan skuad Tok Gajah untuk mengetuai bahagian serangan di samping dibantu pemain lain di posisi tengah dan pertahanan,” katanya.
Fandi berkata, setakat ini, segala-galanya dilihat mengikut perancangan dan anak buahnya diharap bersedia untuk berdepan PDRM.
Katanya, fokus utama skuad Tok Gajah ialah untuk mencatat kemenangan kerana hanya satu kemenangan diraih daripada lapan perlawanan.
“Sri Pahang tidak boleh terus ketinggalan mata jika mahu untuk kembali berada di kedudukan terbaik,” kata legenda bola sepak Singapura itu.
Selepas lapan perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan kesembilan dengan mengutip tujuh mata.
sumber:- HM
Berdasarkan rekod, skuad Tok Gajah hanya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Kelantan Darul naim (KDN) FC pada aksi pembukaan liga.