MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Kemenangan jaringan tunggal Romel Morales pada minit ke-33 itu menamatkan kemarau kejuaraan kejohanan tersebut yang kali terakhir dimenangi pada 2010.
Kemenangan itu juga pasti melegakan skuad Harimau Malaya yang menghuni ranking ke-134 dunia meskipun tanpa sokongan Ultras Malaya.
sumber:- SH
Malah jurulatih sementara, Pau Marti Vecente boleh tidur lena apabila berjaya menghadiahkan trofi pertama selepas mengambil alih kerusi panas itu dari Kim Pan-gon.