sukan

Mats Deijl secara serius untuk mewakili Malaysia

Hasrat peminat bola sepak tanah air untuk melihat kapten kelab Go Ahead Eagles, Mats Deijl menyarung jersi Harimau Malaya tampak cerah.

Ia susulan tonggak pertahanan berusia 27 tahun itu mengakui bahawa dia benar-benar berminat untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia.

Malah, menerusi video temu bual di laman Instagram, sameneustijgerbalsem, Deijl memaklumkan bahawa dokumen mengenai ahli keluarganya sedang disediakan untuk dikemukakan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Saya memberitahu mereka bahawa saya sebahagian dari Malaysia dan mereka bertanya adakah saya akan mempertimbangkan untuk bermain dengan pasukan kebangsaan Malaysia? Saya jawab, jika boleh… sudah tentu.

“Sekarang mereka meminta sijil kelahiran ibu dan bapa saya yang menetap di Belanda dan daripada datuk saya. Dokumen itu perlu dihantar dari Jerman, dokumen sedang disediakan.

“Sejujurnya, pada mula saya fikir ia tidak akan berjaya, (untuk) menjadi sebahagian dari Malaysia, bunyinya mustahil.”Namun, sekarang saya semakin bertambah yakin. Orang dalam persatuan memberitahu saya, ‘kami akan uruskannya, tidak perlu risau’,” kata Deijl.

sumber:- BH

Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin sebelum ini mengesahkan pihaknya sedang berusaha untuk membawa Deijl menyertai Harimau Malaya selepas pemain itu menyatakan hasrat mewakili Malaysia.