sukan

Lubnan ‘gerun’ dengan Malaysia

Meskipun berada di kedudukan lebih tinggi dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Lubnan tetap tidak memandang mudah terhadap keupayaan Malaysia.

Penyerang Lubnan, Gabriel Bitar menyifatkan pasukannya perlu lebih fokus dalam usaha untuk mengatasi Harimau Malaya pada aksi final Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Bitar menjelaskan, Harimau Malaya yang berada di kedudukan ke-134 dunia memiliki barisan pemain berkualiti dan mampu memberi saingan sukar buat Lubnan.

“Saya fikir mereka (Malaysia) mempunyai ramai pemain berkualiti. Kami harus kekal sebagai satu pasukan dan perlu bermain lebih teratur.

“Jika kami beraksi dengan teratur, saya berasa mereka tidak boleh mengatasi kami dan kami perlu bertahan dengan baik,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

sumber:- BH

Lubnan yang berada di kedudukan 116 dunia melangkah ke final Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan juara bertahan, Tajikistan 1-0, Rabu lalu hasil jaringan tunggal Jihad Ayoub.