sukan

Penyokong ‘serang’ pasukan lepas kena belasah kepada Jepun

Peminat dan media bola sepak China menyerang pasukan kebangsaan selepas mereka mengalami kekalahan memalukan 0-7 kepada Jepun dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Presiden Xi Jinping pernah meluahkan hasrat mahu China menjadi tuan rumah dan juga memenangi Piala Dunia suatu hari nanti, tetapi cita-cita itu kelihatan semakin jauh berbanding selepas kekalahan memalukan di Saitama semalam.

China hanya layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dengan bantuan rekod pertemuan lebih baik berbanding Thailand.

China sebelum ini hanya pernah mara sekali ke Piala Dunia pada 2002.Walaupun mereka masih berpeluang untuk meloloskan diri ke peringkat seterusnya biarpun bermula dengan teruk, Oriental Sports Daily melaporkan bahawa kekalahan itu adalah kekalahan terburuk China dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

“Apabila rasa pahit mencapai tahap yang melampau, yang tinggal hanyalah rasa kebas,” katanya.

The Paper melaporkan bahawa bola sepak China mencapai “titik paling rendah” dan menyifatkannya kekalahan itu sebagai “bencana.”

Mereka sebahagiannya menyalahkan ketua jurulatih China dari Croatia, Branko Ivankovic, dengan menyebut “ketidakcekapan… sebagai faktor penyumbang kepada kekalahan yang memalukan ini.”

Kekalahan teruk di Saitama hangat dibincangkan di platform media sosial China, Weibo, dengan hashtag “Pasukan kebangsaan kalah kepada Jepun 0-7” ditonton sebanyak 480 juta kali pada pagi Jumaat.

Menulis di Weibo, bekas pemain pasukan kebangsaan Fan Zhiyi yang turut serta dalam Piala Dunia 2002 berkata: “Apabila terdapat jurang dalam keupayaan dan anda kalah, ia boleh diterima.

sumber:- HM

“Apa yang sukar diterima oleh peminat bola sepak adalah kalah dengan cara seperti ini.”