Prestasi Indonesia di pentas kelayakan Piala Dunia 2026 pusingan 3 terus melakar kejutan apabila mereka berjaya mengikat Arab Saudi 1-1 di King Abdullah Sport City awal pagi tadi.
Indonesia mempamerkan permulaan yang cemerlang apabila Ragnar Oratmangoen meletakkan Indonesia di hadapan pada minit ke-19 sebelum Musab Fahd Al-Juwayr menyamakan kedudukan beberapa minit sebelum separuh masa.
The Green Falcons diberikan peluang keemasan untuk memenangi perlawanan pada minit ke-79 apabila tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti, namun percubaan Salem Al-Dawsari berjaya ditepis keluar penjaga gol, Maarten Paes.
sumber:- stadium astro
Tuan rumah medominasi permainan (65.8 peratus) dan melebih mengancam ketika menyerang, menghasilkan 18 percubaan secara keseluruhan namun hanya empat tepat ke sasaran.