Pengendali kelahiran Montenegro, Miodrag Radulovic, berasakan jaringan tunggal Jihad Ayoub pada minit ke-13 perlawanan aksi Pestabola Merdeka 2024 sudah cukup untuk mengubat luka apabila pasukannya dikecewakan lawan yang sama dalam kempen peringkat Kumpulan A Piala Asia 2023, Januari lalu.
Meskipun menang, pengendali berusia 56 tahun itu menggesa ‘The Cedars’ segera memperbaiki segala aspek kelemahan yang ada terutamanya dalam aspek penyudah menjelang aksi final bertemu Malaysia pada Ahad ini.
Untuk rekod, ini merupakan penampilan sulung Lubnan di pentas final Kejohanan Pestabola Merdeka.”Saya sudah maklumkan semalam mengenai sasaran kami dalam kejohanan ini, saya beritahu pasukan agar membalas dendam kepada Tajikistan susulan kekalahan kami dalam aksi di Piala Asia sebelum ini.
“Sasaran kami untuk berjaya, kerana bola sepak tanpa keputusan yang baik tidak lengkap. Saya bersyukur kerana tiada pemain yang cedera, kami akan berikan yang terbaik dalam aksi final nanti,” katanya Miodrag Radulovic.
Sementara itu, di kem Tajikistan pula menyaksiakn ketua jurulatih, Gela Shekiladze, terpaksa akur apabila pasukannya gagal mempertahankan kejuaraan Pestabola Merdeka 2024 yang diraih pada edisi lalu.
Dia beranggapan faktor cuaca sebagai antara punca utama kedua-dua pasukan gagal untuk mempamerkan corak permainan sebenar.”Ia adalah aksi yang sengit dengan kedua-dua pasukan cuba untuk meraih kemenangan. Pasukan saya cuba merancang dari bawah untuk jaringkan gol tetapi dalam bola sepak jika tidak cukup kualiti maka ia sukar.
sumber:- stadium astro
“Tetapi pasukan saya sukar bermain, begitu juga pasukan Lubnan. Tetapi dalam bola sepak kamu perlu beraksi dalam apa cuaca sekalipun.” kata Gela Shekiladze.