Selepas Lubnan mengejutkan juara bertahan Pestabola Merdeka, Tajikistan 1-0, pengendalinya, Miodrag Radulovic memasang impian untuk berdepan tuan rumah, Malaysia pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.
Hasrat Radulovic akhirnya menjadi kenyataan selepas skuad Harimau Malaya turut mengesahkan slot ke final selepas menewaskan Filipina di venue sama, semalam.
“Saya mahu menentang Malaysia di final. Saya suka penyokong Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan mereka. Final akan menjadi aksi yang menarik dengan puluhan ribu penyokong (sebelum kena boikot) di dalam stadium yang baik.
“Kami beraksi menentang Malaysia pada 2017 untuk Kelayakan Piala Dunia. Saya menyaksikan bola sepak Malaysia sudah banyak berkembang dan mereka memliki potensi yang besar.
“Jadi saya jangkakan final ini akan berlangsung dengan sengit dan mencabar,” katanya.
Terdahulu, jaringan tunggal Jihad Ayoub pada minit ke-13 sudah cukup buat Lubnan menyingkirkan Tajikistan yang menjulang Pestabola Merdeka edisi lalu selepas menewaskan skuad kebangsaan 2-0.
Kejayaan itu jelas menggembirakan Radulovic kerana mereka berjaya membalas kekecewaan selepas tewas di tangan lawan sama pada aksi Piala Asia.
“Saya sudah katakan yang saya mahu membalas dendam atas kekecewaan di Piala Asia. Kami berjaya melakukannya dan kami akan beraksi di final.
sumber:- BH
“Tidak lengkap bola sepak itu tanpa sebarang keputusan yang membanggakan,” katanya.