PEMAIN perseorangan lelaki negara, Justin Hoh bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke suku akhir Terbuka Taiwan pada Khamis.
Kejayaan tersebut hadir selepas pemain berusia 20 tahun itu menewaskan wakil Indonesia, Yohanes Saut Marcellyno pada pusingan kedua di Taipei Arena.
Dalam aksi itu, Justin kalah pada set pertama 12-21, namun mempamerkan kebangkitan pada permainan kedua 21-9 untuk mengheret aksi ke set penentuan.
Menjengah pertarungan pada set ketiga, pemain di ranking ke-69 dunia itu memperagakan aksi bertenaga untuk mengesahkan kemenangan 21-14 dalam masa 55 minit.
Sebagai rekod, ini adalah kali kedua Justin mara ke suku akhir selepas kali pertama dalam kempen Kaohsiung Masters Jun lalu.
sumber:- SH
Menanti Justin dalam aksi suku akhir pada Jumaat ialah pemain tuan rumah, Wang Tzu Wei yang mengalahkan wakil Hong Kong, Jason Gunawan, 21-14, 21-15.