sukan

RM1 juta untuk Liek Hou

Ganjaran RM 1 juta bakal menanti pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou selepas berjaya meraih pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 bagi kategori SU5 (kecacatan fizikal) semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, atlet para yang berjaya menjelmakan pingat di temasya terbesar dunia itu tetap menerima insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang sama jumlahnya seperti mana atlet bertanding di Olimpik Paris.

Sementara itu, beliau juga memberi kata-kata semangat kepada atlet para yang lain agar mereka terus bersemangat untuk kejohanan akan datang.

“Seronok dengar lagu Negaraku berkumandang dalam dewan ( Arena Porte de la Chapelle) tadi (semalam). Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada jurulatih Nova Armada dan Liek Hou atas kejayaan mendapatkan pingat emas pertama di Paris 2024 untuk kontijen Malaysia.

“Bagi hadiah SHAKAM untuk Paralimpik, juara sama saja dengan Olimpik iaitu RM 1 juta dan jurulatih akan dapat 20 peratus daripada SHAKAM berkenaan. Jadi, ini adalah pingat emas yang kedua bagi Liek Hou dan beliau sudah jadi jutawan.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada beliau dan saya berharap untuk Fareez (Anuar) dan yang lain, mereka boleh teruskan usaha mereka dan jangan putus asa kerana masih muda. LA28 (Los Angeles 2028) menanti mereka,” katanya.

Untuk rekod, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya di Tokyo 2020 sebelum itu.

sumber:- HM

Terdahulu, Liek Hou tidak berdepan masalah besar meraih emas pertama Malaysia di bumi Paris apabila hanya memerlukan 26 minit untuk mengalahkan lawan dari Indonesia, Suryo Nugroho straight set 21-13, 21-15.