Malaysia terikat 1-1 dengan Filipina selepas tamat babak pertama aksi Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, sebentar tadi.
Filipina meraih peluang terbaik seawal minit pertama, namun Harimau Malaya bernasib baik apabila rembatan Dylan Demuynck diselamatkan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Harimau Malaya yang dilihat beraksi kurang teratur berbanding sebelum ini turut melakukan beberapa percubaan ke kubu lawan selepas itu namun gagal menemui jaringan.
Sebaliknya, Filipina yang berada di ranking ke-147 dunia bagaimanapun berjaya mengejutkan Harimau Malaya selepas rembatan Jefferson Tabinas terkena kaki Feroz Baharudin sebelum menerjah jaring pada minit ke-27.
sumber:- BH
Ketika babak pertama berbaki dua minit, Syamer Kutty Abba melegakan kem Harimau Malaya apabila merembat masuk gol penyamaan selepas menerima umpanan daripada Feroz.