Perselisihan faham antara penyerang Sepanyol Alvaro Morata dan isterinya Alice selepas tamat final Euro 2024 akhirnya membawa perceraian mereka.
Morata antara tonggak skuad kendalian Luis de la Fuente yang menewaskan England untuk muncul juara Euro 2024 pada 15 Julai.
Selepas tamat perlawanan, kapten Sepanyol itu meraikan kejayaan dengan isterinya Alice Campello, 29, dan empat anak mereka.
Namun, kini dilaporkan pasangan itu mula berbalah dan ia berpanjangan sehingga mereka bercerai Ogos lalu.Menurut pendedahan Marca, perbalahan mereka bermula selepas Alice hanya mahukan dia dan anak-anak serta rakan masuk ke padang meraikan kemenangan pasukan bersama suaminya, meninggalkan ibu bapa Morata dan keluarga lain di tepi padang.
Dua bulan kemudian pada Ogos lalu, pasangan terbabit berpisah selepas tujuh tahun berkahwin. Bagaimanapun, kedua-duanya menegaskan mereka masih saling menyayangi dan menafikan khabar angin Morata menjalin kasih dengan wanita lain.
Mengesahkan perpisahan mereka di Instagram, penyerang berusia 31 tahun itu berkata: “Selepas menimbangkan beberapa perkara, saya dan Alice membuat keputusan untuk berpisah. Keputusan amat berat selepas tujuh tahun penuh dengan kasih sayang serta dihiasi dengan empat anak.”
sumber:- HM
Menurut media, Alice bakal mendapat separuh daripada pendapatan Morata manakala penyerang Sepanyol itu sedia mematuhi perjanjian hartanah komuniti yang ditandatangani mereka bagi membolehkan perpisahan itu disahkan segera.