Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peruntukan sebanyak RM15 juta bagi memperkasakan pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.
Jelas Hamidin, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan pasukan kebangsaan bagi merealisasikan usaha mengangkat pasukan Harimau Malaya menjadi salah satu pasukan gergasi di rantau Asia.
“Sudah tentu FAM sangat berbesar hati dengan kesungguhan dan komitmen daripada Datuk Seri Anwar dalam memberikan peruntukan itu.
“Selain beliau sendiri menyatakan secara peribadi untuk memantau dan membantu dalam usaha memperkukuhkan pasukan Harimau Malaya,” kata FAM dalam kenyataan.
Terdahulu Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini, mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi memperkasakan pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya.
Peruntukan sebanyak RM10 juta adalah daripada kerajaan manakala RM5 juta lagi komitmen daripada syarikat swasta khusus untuk kebajikan, latihan dan pengurusan pasukan berkenaan.
sumber:- HM
Anwar berkata, kebajikan dan kemudahan pemain bola sepak negara menjadi keutamaannya dan beliau akan mengadakan pertemuan dengan FAM sebaik pulang dari lawatan rasmi di Russia