Liverpool akan memulakan rundingan dengan Mohamed Salah dalam masa terdekat selepas kenyataan mengejutkannya sebelum ini, menurut sumber kepada Football Insider.
Sejurus selepas pasukannya menewaskan Man United 3-0 di Old Trafford, Salah memberitahu Sky Sports bahawa ini adalah “musim terakhir” dia bersama kelab itu kerana “tiada siapa yang berbincang” dengannya mengenai perjanjian baharu.
Pemain antarabangsa Mesir berusia 32 tahun itu buat kali pertama bercakap secara terbuka mengenai masa depannya di Anfield, menambah tekanan kepada pengurusan Liverpool memandangkan kontraknya akan tamat pada Jun 2025.
Namun, sumber menyatakan rundingan antara kelab dengan Salah akan berlangsung dalam tempoh beberapa minggu akan datang.Difahamkan bahawa tumpuan sebelum ini adalah untuk memastikan pengurus baharu, Arne Slot dapat bekerjasama dengan kakitangan baharu seperti Richard Hughes serta Michael Edwards.
Jendela perpindahan sudah ditutup pada Jumaat lalu dan Liverpool kini bersedia untuk memulakan rundingan dengan Salah.
Dia memulakan kempen 2024-25 dengan prestasi cemerlang, menjaringkan tiga gol dan memberikan tiga bantuan jaringan dalam tiga perlawanan Liga Perdana.
Pemain sayap itu tidak dinafikan menjadi tonggak penting dalam permulaan sempurna Liverpool untuk musim baharu.
Salah sudah lama menjadi sasaran utama kelab-kelab terkemuka Saudi, yang menyaksikannya pernah menerima tawaran lumayan £150 juta (RM860.3 juta) namun ditolak pada musim lalu.
sumber:- HM
Bekas bintang Chelsea dan Roma itu adalah penjaring ke-10 terbanyak dalam sejarah Liga Perdana (160 gol) dan kini menghampiri rekod Jermain Defoe (162) dan Robbie Fowler (163).
Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More
Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More