Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bertekad tidak mudah dibuai dengan kejayaan sejurus mengungguli Terbuka Korea Selatan di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul, hari ini.
Mereka bangkit menewaskan wakil China, Guo Xin Wa-Li Qian, 17-21, 21-13, 21-13 dan ia seharusnya menjadi titik tolak kepada mereka untuk menokok lebih banyak kejayaan.
“Kami berjaya mengatasi badi memandangkan banyak kali kami tewas dalam perlawanan akhir.”Tetapi kali ini kami fikir tidak akan rugi apa-apa jadi kami fokus kepada menikmati permainan.
“Kami berharap lebih banyak kejayaan akan menyusul selain berikrar terus bekerja keras,” katanya Ee Wei.Tang Jie, bagaimanapun, akur bahawa ucapan Ee Wei telah membangkitkan semula semangatnya hari ini.
sumber:- stadium astro
“Satu tidak beraksi dengan baik dalam set pertama dan gandingan saya telah melonjakkan semangat saya.”Dia tetap menaruh kepercayaan kepada saya dan ia secara tidak langsung dapat mengembalikan semula rentak sebenar saya,” katanya pula.