sukan

TERKINI: Tan Jie-Ee Wei cipta sensasi muncul juara Terbuka Korea

BEREGU campuran utama, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memberikan hadiah istimewa buat Malaysia sempena ulang tahun ke-67 Hari Kemerdekaan negara apabila muncul juara KejohBadminton Terbuka Korea 2024 sebentar tadi.

Gelaran pertama tahun ini diraih selepas pasangan nombor sembilan dunia itu membenam cabaran beregu China, Guo Xin Wa-Li Qian dalam aksi final yang mendebarkan di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul.

Tewas pada set pertama 17-21 kepada Xin Wa-Li Qian, pasangan negara bangkit memenangi permainan kedua 21-13 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Tang Jie-Ee Wei mengekalkan momentum positif pada set ketiga untuk mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 21-13 dalam tempoh 59 minit permainan.

Kejayaan tersebut menyaksikan mereka membawa pulang wang kemenangan AS$33,180 (RM143,335).Xin Wa-Li Qian pula meraih hadiah naib juara berjumlah AS$15,960 (RM68,946).

Sebagai rekod Terbuka Korea merupakan kejuaraan berstatus Super 500 pertama dalam tiga penampilan mereka di pentas final musim ini.

sumber:- SH

Kejayaan itu bakal membakar semangat beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk berdepan wakil tuan rumah, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong dalam aksi final petang ini.