Pengendali Vietnam, Park Hang Seo menafikan bahawa beliau pernah meminta kerja sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya seperti yang didakwa pihak tertentu.
Lee Dong Jun yang juga ejen yang mewakili jurulatih itu memaklumkan bahawa pertemuan Hang Seo bersama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin hanyalah berkisar kepada topik tertentu saja namun tiada kaitan untuk mengisi jawatan sebagai pengendali Harimau Malaya.
“Tidak benar sama sekali yang mendakwa bahawa Park Hang Seo memohon jawatan untuk mengendali skuad kebangsaan Malaysia.”Kenyataan itu menjejaskan reputasi Park. Sebagai wakil kepada ramai pemain dan jurulatih, saya sudah mengadakan perbualan dengan presiden persatuan bola sepak seluruh dunia termasuk Hamidin Mohd Amin (Presiden FAM).
“Bagaimanapun perbincangan merangkumi pelbagai topik dan kami tidak berbincang untuk memohon jawatan ketua jurulatih di Malaysia,” katanya kepada VnExpress.
Sebelum itu, Hamidin mengesahkan Hang Seo menjadi antara calon yang berada dalam pertimbangan badan induk itu untuk mengendalikan Harimau Malaya pada masa akan datang.
Hang Seo ketika ini menjadi penasihat kelab divisyen dua Vietnam, Bac Ninh FC.
sumber:- HM
Hamidin bagaimanapun menegaskan buat masa ini fokus utama pihaknya adalah menilai prestasi ketua jurulatih Harimau Malaya ketika ini, Pau Marti Vicente.