sukan

“Ngauman baharu menyertai Harimau Selatan”

Gergasi bola sepak tempatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menambah kekuatan di jentera serangannya apabila mengikat pemain dari Colombia, Jorge Obregon.

Perkembangan itu diumumkan JDT menerusi satu klip pendek di laman media sosialnya, Johor Southern Tigers, hari ini.

“Ngauman baharu menyertai Harimau Selatan,” kata pasukan itu beserta tanda pagar yang menyertakan nama pemain itu.

Sebagai rekod, pemain itu sebelum ini beraksi bersama HNK Rijeka di Liga Croatia.Pemain berusia 27 tahun itu menyertai HNK Rijeka sejak 2021 selepas tiga musim di Croatia, dia mengubah angin untuk menyertai JDT bagi musim ini.

sumber:- BH

Berdasarkan maklumat dari Transfermarkt, pemain ini memiliki nilai pasaran sebanyak RM2.8 juta.Menerusi laman sama juga, pemain ini meledak 17 gol dan mencatat 10 bantuan gol dalam 105 penampilan.