sukan

Keputusan aksi Tiga beregu campuran Malaysia

Tiga beregu campuran negara menempuh nasib berbeza dalam pusingan ke-16 Terbuka Korea Selatan di Stadium Tertutup Mokpo, hari ini.

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tersingkir daripada saingan selepas wakil Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Li Ling Fang, mempamerkan kebangkitan dalam pertemuan rubber set 21-14, 16-21, 14-21 selama 53 minit.

Pun begitu, pilihan kelima kejohanan, Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie, berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir dengan kemenangan straight set 13-21, 17-21.

sumber:- stadium astro

Dalam masa sama, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga memperoleh kejayaan dalam pertembungan pertama menentang Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.