sukan

Soh Wooi Yik berdepan dugaan besar dalam karier

Selepas hampir sebulan menderita kecederaan metatarsal, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, akhirnya mendedahkan masalah yang dihadapi Soh Wooi Yik.

Rexy yang ditemui wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, menjelaskan bahawa gandingan kepada beregu Aaron Chia itu begitu cekal menanggung kesakitan di jari kaki kanan yang mula membelenggunya dalam pertarungan suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024.

Dia, bagaimanapun, mampu melewati cabaran itu dengan mengatasi wakil India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy sebelum perjalanan mereka disekat dalam separuh akhir.

Biarpun Wooi Yik berdepan rehat yang panjang dan tidak menolak berkemungkinan terpaksa berehat hingga akhir musim ini, Rexy mengharapkan keajaiban untuk menurunkan beregu utama itu dalam Terbuka Hong Kong yang bermula 10 September depan.

“Kalau ikutkan hasil (pemeriksaan), dia perlukan masa yang lama untuk pulih.”Kami masih menunggu rawatan penuh dan menunggu saranan doktor (sebagai proses selanjutnya).

sumber:- stadium astro

“Kami sedang berusaha agar dia dapat beraksi dalam Terbuka Hong Kong, tapi masih belum pasti,” kata Rexy di Bukit Kiar