Ng Tze Yong makin positif

Pakar perubatan Institut Sukan Negara (ISN), Dr Jasmiza Khuzairi Jasme, menjelaskan keadaan terkini perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, yang semakin positif usai pembedahan kedua, April lalu.

Naib juara Terbuka Arctic itu dilaporkan akan kembali untuk menjalani latihan berintensiti tinggi pada November atau Disember tahun ini sebelum boleh kembali sepenuhnya untuk menyertai sebarang kejohanan.

Begitupun, Jasmiza turut menegaskan bahawa tahun ini merupakan tahun dimana pemain berusia 24 tahun itu untuk menjalani tempoh pemulihan sepenuhnya sebelum kembali beraksi.

“Semestinya dalam peringkat awal, kita risau kecederaan yang dia lalui akan berulang, tetapi selepas melakukan imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan kita dapati keputusannya positif.

“Sekarang dia perlu fokus, positif dalam proses perjalanan pemulihannya. Kita akan bantu dari aspek psikologi, kita akan minta pakar psikologi daripada BAM untuk bantu dia perkuatkan aspek mental untuk menghadapi ketakutan.

“Kita jangkakan dia akan kembali dalam bulan lapan untuk dia berlatih kembali dalam gelanggang, tetapi selepas perbincangan bersama jurulatih dan BAM. Kita harap dia tidak tergesa-gesa untuk kembali susulan kecederaan dan dia juga masih muda.

sumbber:- stadium astro

“Kita jangkakan, dalam bulan November atau Disember baru jurulatih boleh beri latihan berintensiti tinggi sebelum boleh beraksi dalam kejohanan. Saya boleh katakan tahun ini adalah tahun Tze Yong menjalani pemulihan sepenuhnya.” katanya dalam wawancara bersama Nadi Arena.