sukan

Luqman Hakim nafi kena ‘reject’

Penyerang sensasi muda negara di Jepun, Luqman Hakim Shamsudin masih beraksi buat YSCC Yokohama sekali gus menafikan dirinya disingkirkan kelab terbabit.

Sebelum ini, timbul khabar angin kononnya Luqman tidak lagi beraksi di Jepun selepas kelibat pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu tidak kelihatan sejak dua bulan lalu bersama kelabnya sama ada dalam sesi latihan mahupun perlawanan.

Jelas Luqman, dia masih berada di negara Matahari Terbit itu dan menjalanti latihan seperti biasa.”Saya pun tak tahu macam mana boleh timbul perkara itu (dakwaan Luqman sudah ditamatkan kontrak). Saya ada baca di laman sosial dan saya memang terkejut. Saya sebenarnya masih dengan YSCC Yokohama, berlatih seperti biasa.

“Sebenarnya saya ada kecederaan kecil sebelum ini, saya kena berehat untuk pulihkan kecederaan.”Bulan lalu (Julai) pula, di Jepun ini dah musim panas dan di sini, bila panas memang panas betul. Jadi liga (liga divisyen tiga) di sini berhenti sekejap, macam liga berehat sekejap untuk sebulan.

“Walaupun liga berehat sekejap, tapi saya berlatih macam biasa. Hari-hari berlatih dengan rakan sepasukan lain.

“Cuma kalau gambar saya tak ada dalam laman sosial kelab (gambar ketika berlatih), itu tak bermakna saya dah tak ada dengan pasukan.

“Dekat kelab ramai pemain termasuk pemain import, takkah lah hari-hari kelab nak ‘upkan’ (muatnaik) gambar saya dekat sosial media. Jadi dakwaan kata saya macam-macam tak betul,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

sumber:- HM

Untuk rekod, Luqman masih lagi pemain kelab Belgium, KV Kortrijk dan dia beraksi untuk YSCC Yokohama selaku tonggak pinjaman.Sebelum ini, Luqman turut pernah dipinjamkan ke Njardvik FC untuk beraksi di liga utama Iceland pada tahun lalu.