sukan

Pemain skuad kebangsaan Palestin import terbaharu

Selepas pemain skuad kebangsaan Palestin, Oday Kharoub mempamerkan aksi cemerlang sepanjang Liga Super 2024/25, abangnya, Layth pula kini menjadi pilihan Kelantan Darul Naim (KDN) FC untuk menjadi import terbaharu pasukan.

Perpindahan masuk Layth disahkan pasukan di laman rasmi Facebook KDN FC, sebentar tadi.

Layth, 33, adalah bekas pemain antarabangsa Palestin yang beraksi di posisi sayap dan berkeupayaan bermain sebagai penyerang.

Pemilihan Layth selepas beliau menjalani sesi pemilihan ketat bersama staf kejurulatihan sejak Julai lalu termasuk diturunkan dalam aksi persahabatan dengan Nara United.

arier antarabangsa pemain itu bermula 2020 dan mendapat 11 caps serta menjaringkan lima gol buat Palestin.

Layth turut diturunkan dalam kesebelasan utama dalam aksi Liga Super menentang Kuching City FC di Stadium Negeri, Kuching, malam ini.

sumber:- HM

Terdahulu, Oday, 31, beraksi bersama KDN FC sejak Mac lalu dan antara import yang paling ‘menjadi’ selain turut menjadi kapten pasukan.