Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner meletakkan harapan yang tinggi agar penyerang baharunya, Nelson Bonilla mampu memberikan aura positif buat skuad Penyu.
Beliau berkata, pengalaman dimiliki pemain berusia 34 itu juga diharapkan dapat menyuntik kebangkitan pasukannya dalam mengharungi baki saingan Liga Super pada musim ini.
Pada masa sama beliau turut mengharapkan barisan pemain muda belajar sesuatu daripada kapten skuad kebangsaan El Salvador itu.
“Berdasarkan reputasi, Bonilla antara penyerang yang cemerlang bersama bekas pasukannya dalam saingan Liga Thailand sebelum berhijrah ke Terengganu.
“Kualiti ada padanya sesuai dan diharapkan dapat menambah nilai pasukan TFC dalam mengharungi baki saingan Liga Super pada musim ini.
“Semestinya pengalaman dan kepimpinannya diharapkan mampu menjadi contoh kepada pemain lain dan seterusnya bakal meningkatkan lagi prestasi terutama pemain muda dan pasukan,” ujar Steinbruckner.
sumber:- BH
Terdahulu bekas pemain kelab Sukhothai dalam Liga Thailand itu ‘dirantai’ pihak pengurusan selama lapan bulan bermula September 2024 sehingga April 2025.