sukan

Liverpool berpesta gol

Arne Slot meneruskan permulaan sempurna sebagai pengurus Liverpool dengan menewaskan Brentford 2-0 di Anfield manakala Noni Madueke meledak hatrik ketika Chelsea membelasah Wolves 6-2, semalam.

Slot dikerumuni penyokong Liverpool sebelum perlawanan dan gol daripada Luis Diaz serta Mohamed Salah memastikan dua kemenangan berturut-turut di bawah kendalian pengurus baharu mereka.

Pengendali berusia 45 tahun itu tampil dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pertamanya di tempat sendiri selepas membuka tirai musim baharu dengan kemenangan 2-0 di Ipswich hujung minggu lalu.

Bekas pengurus Feyenoord itu menggantikan Jurgen Klopp yang meletak jawatan pada penghujung musim lalu selepas sembilan tahun cemerlang di Anfield.

Dua kemenangan berturut-turut itu memberikan petanda positif buat Slot yang mahu meneruskan momentum dibina Klopp menyaksikan Liverpool menduduki tempat ketiga EPL dan muncul juara Piala Liga musim lalu.

Di hadapan penonton berjumlah 60,107 orang yang juga rekod teramai di Anfield, Liverpool di depan pada minit ke-13 hasil serangan balas pantas yang disudahkan dengan rembatan oleh Diaz selepas mendapat hantaran Diogo Jota dan Salah mengesahkan kemenangan minit ke-70 menerusi tolakan cantik ke penjuru gawang.

melakukan apa sahaja untuk mengelakkan gawang dibolosi dan itu yang kami lakukan hari ini,” kata Slot.

Namun Slot berdepan ujian lebih getir apabila Liverpool berkunjung ke Manchester United hujung minggu ini.

“Brentford menjadikan kami sukar hari ini tetapi saya tak jangka mereka menduduki enam teratas, jadi kami perlu lebih baik ketika menentang pasukan yang mampu berada dalam kelompok enam teratas,” katanya.

Di Molineux, Chelsea bermula sempurna selepas 98 saat apabila bola sepakan sudut gagal dikeluarkan dengan cermat oleh Matheus Cunha yang membolehkan Nicolas Jackson menanduk masuk gol pertama dari jarak dekat.

Cunha menyamakan kedudukan minit ke-27 dan selepas Cole Palmer kembali meletakkan Chelsea di depan minit k-45, Jorgen Strand Larsen tidak menunggu lama untuk menjadikan 2-2.

Tetapi Madueke mempamerkan ketajamannya minit ke-49 selepas dia yang mendapat hantaran Palmer merembat gol ketiga dan sekali lagi menembusi gawang kawalan Jose Sa sembilan minit kemudian menerusi tolakan jarak dekat.

Pemain berusia 22 tahun itu melengkapkan hatrik hasil hantaran Palmer minit ke-63 sebelum pemain gantian Joao Felix menambah derita Wolves.

Selepas tewas 0-2 di tangan Manchester City hujung minggu lalu, ia kemenangan pertama EPL buat pengurus Enzo Maresca bersama Blues.

Dalam perlawanan lain, Newcastle terikat 1-1 dengan Bournemouth di Stadium Vitality.

sumber:- HM

Newcastle ketinggalan menerusi rembatan rendah Antoine Semenyo tetapi skuad Eddie Howe menyamakan kedudukan minit ke-76 hasil tolakan jarak dekat Anthony Gordon.